Annyeong! Dapatkan POSTAGE PERCUMA untuk pembelian RM 200 ke atas.

Resepi K-Food - Sundubu Jjigae



Masa penyediaan: 20 minit

Tahap: Mudah

Hidangan: 2 orang


BAHAN-BAHAN

  • 300ml air
  • 2 Tbsp gochujang
  • 1 Tbsp gochugaru
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 Tbsp minyak bijan
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 Tbsp kimchi
  • 1 Tbsp air kimchi
  • 1 Tbsp kicap cair
  • 1 biji telur
  • 2 biji tauhu
  • Daun bawang (dipotong halus)


CARA MASAK

  1. Panaskan kuali dan tuang 1tbsp minyak bijan. Tumiskan bawang putih, bawang holland, kimchi dan daun bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, gochujang, gochugaru dan kicap cair. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan tauhu dan pecahkan 1 biji telur di bahagian tengah periuk.
  4. Biarkan mendidih sehingga telur masak.
  5. Akhir sekali, hiaskan dengan daun bawang.


Selamat mencuba!

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. 

Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

Telegram.png