Annyeong! Dapatkan POSTAGE PERCUMA untuk pembelian RM 200 ke atas.

Resepi K-Food - Sardin Kimchi


Masa penyediaan: 10 minit

Tahap: Mudah

Hidangan: 3 orang


BAHAN-BAHAN

  • 2 Tbsp cawan kimchi
  • 1 tin kecil sardin
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 tangkai cili api
  • 2 Tbsp minyak masak
  • 1 cawan air
  • 1/2 Tsp garam
  • 1/2 biji tomato


CARA MASAK

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan cili sehingga naik bau. 
  2. Tumiskan kimchi dan ikan sardin yang telah diasingkan dari kuah  sehingga sedikit kering. 
  3. Tambah kuah sardin dan air. Masukkan tomato dan garam dan tunggu sehingga kuah mendidih. 
  4. Tutup api dan siap dihidang!


Selamat mencuba!

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. 

Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

Telegram.png