Annyeong! Dapatkan POSTAGE PERCUMA untuk pembelian RM 200 ke atas.

Resepi K-Food - Nugget Kimchi



Masa penyediaan: 1 Jam

Tahap: Mudah

Hidangan: 4-5 orang


BAHAN-BAHAN

  • 700g isi ayam
  • 2 Tbsp kimchi (dicincang)
  • 3 Tbsp air kimchi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 Tsp garam
  • 1/2 Tsp lada sulah
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 2 Tbsp minyak
  • 2 Tbsp tepung tempura


CARA MASAK

  1. Kisarkan isi ayam dan bawang putih.
  2. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  3. Masukkan tepung jagung, air kimchi dan minyak.
  4. Keluarkan isi ayam yang dikisar. dan tambahkan kimchi. Gaul sebati.
  5. Bentukkan menjadi bentuk nugget.
  6. Salutkan dengan serbuk roti.
  7. Simpan nugget selama 30-45 minit di dalam peti sejuk beku.
  8. Bancuhkan tepung tempura. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pekat.
  9. Gorengkan dan siap dihidang.


Selamat mencuba!

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. 

Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

Telegram.png