Resepi K-Food - Korean Street Toast



Menu: Korean Toast

Kategori: Korean Street food

Masa penyediaan: 15 minit

Tahap: Mudah

Hidangan: 6 orang


BAHAN-BAHAN

  • 12 keping roti
  • 6 Tbs butter
  • 6 biji telur
  • 90g kubis
  • 90g lobak merah
  • 30g daun bawang
  • 2 keping kepingan ayam (chiken slice jenama Tesco)
  • 6 keping keju cheddar (untuk lebih sedap, boleh guna keju mozzarella)
  • 1Tsp lada hitam
  • 1 Tsp garam


SOS & HIASAN

  • 3 Tsp gula kastor
  • Sos tomata/cili
  • Mayonis


CARA MASAK

  1. Cincang halus daun bawang, kubis dan lobak merah.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan sayur, lada hitam dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Cairkan sedikit butter dan masukkan bancuhan telur dan sayur ke dalam kuali leper. Bentukkan telur menjadi empat segi mengikut size roti.
  4. Bakar roti yang sudah disapu butter.
  5. Letakkan telur, keju dan kepingan ayam diatas roti yang dibakar dan tambah sos tomato dan mayonis.
  6. Akhir sekali, tabur gula kastor diatas roti. Siap dihidang.

WhatsApp Image 2020-01-13 at 10.04.49.jpeg

MODAL : RM22.70 

  • Roti (RM2.85)
  • Telur 10 biji  (RM3.40)
  • Buttercup (RM4.48)
  • Keju (RM4.50)
  • Chicken Slice (RM3.17)
  • Lobak Merah (RM1.05)
  • Kobis (RM1.62)
  • Daun Bawang (RM1.70)

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. 

Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

Join Telegram channel sekarang!.png