Annyeong! Dapatkan POSTAGE PERCUMA untuk pembelian RM 200 ke atas.

Resepi K-Food - Korean Dumpling/Mandu



Menu: Korean Dumpling / Mandu

Kategori: Korean Streetfood

Masa penyediaan: 45 minit

Tahap: Mudah

Hidangan: 7 orang


BAHAN-BAHAN

  • 1 pek kulit dumpling
  • 300g dada ayam
  • 150g daun kucai
  • 100g daun bawang
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1Tbs kicap cair
  • 2Tbs air kosong
  • 1Tbs minyak bijan
  • 1Tsp lada hitam
  • 1Tsp kicap cair
  • 1/2 Tsp garam
  • 1 biji telur


BAHAN SUP MANDU

  • 50g daun bawang
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1Tsp minyak bijan
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • Secubit lada putih


CARA MASAK

  1. Potong dadu isi ayam, masukkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
  2. Basahkan bahagian tepi kulit dumpling dan isikan inti yang sudah siap digaul.
  3. Lipat dan bentukkan dumpling mengikut citarasa anda. Ulang langkah 2-3.
  4.  Anda boleh goreng dumpling atau renehkan bersama sup kosong.


SUP DUMPLING

  1. Rebus bawang putih dan halia. Perasakan dengan garam, ladah putih, lada hitam dan 1Tsp stok ayam.
  2. Biarkan mendidih dan masukkan 1Tsp minyak bijan.
  3. Rebus dumpling sehingga masak dan siap!


MODAL: RM9.10

  • Kulit Dumpling (RM1.80)
  • Dada Ayam (RM3.20)
  • Daun Kucai (RM1)
  • Daun Bawang (RM1.50)

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. 

Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

Join Telegram channel sekarang!.png