Annyeong! Dapatkan POSTAGE PERCUMA untuk pembelian RM 200 ke atas.

Resepi K-Food - Kimchi Timun



Menu : Kimchi Timun 

Masa Penyediaan : 20 minit

Tahap : Mudah


BAHAN-BAHAN

  • Timun Jepun 
  • Daun Bawang
  • Bawang Putih
  • 1/2 Tbs Sos Ikan
  • 1 Tbs Cuka Epal
  • 2 Tbs Gochugaru
  • 1 Tbs Minyak Bijan
  • Biji Bijan
  • 1 1/2 Tbs Garam
  • 2 Tbs Gula Perang


CARA MASAK

  1.  Potong timun mengikut size yang anda suka. Salutkan timun yang dipotong dengan garam. 1 batang timun menggunakan 1 1/2 tbs garam.
  2.  Rendamkan dengan air sejuk selama 15 minit untuk kekalkan keranggupan timun. 
  3. Untuk membuat paste kimchi, gaulkan sebati gochugaru, biji bijan, sos ikan, cuka epal, garam, gula perang dan minyak bijan.
  4. Potong kecil daun bawang dan bawng putih. Masukkan ke dalam adunan paste kimchi tadi.
  5. Toskan timun sehingga kering kemudian gaulkan sebati paste kimchi pada timun.
  6. Siap dihidang!

Selamat Mencuba!


Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. 

Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

Join Telegram channel sekarang!.png