Annyeong! Dapatkan POSTAGE PERCUMA untuk pembelian RM 200 ke atas.

Assalammualaikum.


Annyeonghaseyo 


First of all, Fara nak ucapkan thank you so much sebab sudi grab KPOT COMBO. Jeongmal Kamsahamida. Tak sangka sangat sambutan sehangat ni.


And we really really sorry tau. Kami lupa nak masukkan alas/lapik untuk Ceramic Pot and Stone Pot tu. Worry not, team dah poskan the next day. So anda akan dapat 2 parcel ye. 


CARA PENJAGAAN KPOT

GRANITE STONE POTgranite_stone_bowl.jpg

Okey , dalam 3 KPOT ni, yang ni paling sensitif sikit. Paling manja la kiranya. Sebab di diperbuat dari semata-mata batu, so dia ada menyimpan haba dalam batu. Anytime salah handle dia boleh crack tau. 

1. SEBELUM GUNA - Rendaman Garam

Rendam Stone Pot dengan air garam dan air basuhan beras . Lagi pekat larutan lagi bagus. Cadangan 1 pek garam + 2L air paip + 2 cawan air basuhan beras. 

 Tujuannya untuk melembutkan komponen dalam batu.

2. PANASKAN dalam api kecil

Gunakan oven (70 darjah celcius, 20-30 min). Jika tiada, gunakan api dapur yang sangat kecil. Biarkan panas sekata. Jangan api kuat nanti boleh retak!

Tujuannya untuk singkirkan kelembapan dalam batu tu.

3. SAPUKAN MINYAK luar dan dalam

Campurkan 1 sudu garam dan 5 sudu minyak. Sapu keliling pot semasa pot masih suam. Dan biarkan sejuk disuhu bilik setelah sapu minyak.

Tujuannya untuk membuat lapisan perlindungan .


CADANGAN :

1. Setiap kali nak guna, pastikan guna api perlahan dahulu selama seminit sehingga panas sekata di seluruh pot. Baru kuatkan api.

2. Elakkan menumis dalam pot ni. 

2. Selesai guna , jangan terus curah atau rendam dengan air sejuk. Perubahan suhu yang mendadak yang membuatkan ianya retak.


Oleh kerana ianya 100% batu asli dan tiada bahan kimia lain menjadikan warna dan bentuk setiap pot adalah berbeza. Setiap stone pot juga akan mengalami perubahan warna yang berbeza selepas digunakan. Ada yang bertambah gelap, ada yang timbul garisan atau bintik. 

***Hanya crack dan pecah semasa urusan penghantaran pos sahaja boleh mohon ganti dengan pihak MariMogo dalam tempoh 5 hari dari tarikh mula pos.

RAMEN POTramen_pot.jpg


Ramen pot ni tak susah nak jaga. Macam jaga periuk kita di dapur je. Cuma pot ini sesuai untuk masak masakan instant, macam ramen. Yang kurang dari 15 minit. Dan pastikan api kecil digunakan sebab material nickle ni cepat panas, takut rentung nanti.

1. Jaga dari calar - jangan gunakan berus dawai untuk mencuci

2. Jaga dari kemek - jangan hempap dengan benda berat atau jatuh. Mudah kemek

3. Jaga dari api yang berjelaga - Elakkan guna dapur yang dah berjelaga. Nanti bahagian bawah pot ni akan hitam . Jika terjadi, cepat-cepat basuh.

CERAMIC POTceramic_pot.jpg


Ceramic pot ni pot yang paling sado. Boleh digunakan untuk masakan yang perlu reneh lama. Susah nak retak atau pecah melainkan jatuh la. Semakin lama guna, semakin bagus. Boleh terus menumis dalam ni. Nak basuh pon boleh je guna span yang kasar sikit.

Untuk pot ni hanya pastikan simpan ditempat yang selamat, supaya anak-anak tak jatuhkan.



RESEPI - RESEPI YANG MENGGUNAKAN KPOT


Resepi Samgyetang (Gunakan Ddukbaegi Ceramic Pot)


RESEPI JJAJANG RAMYEON (Gunakan Ramen Pot)


RESEPI JORIM (Gunakan Ramen Pot/ Ddukbaegi Cerami Pot)


RESEPI DAKDORITANG (Gunakan Ramen Pot / Ddukbaegi Ceramic Pot)

RESEPI BIBIMBAP (Gunakan Dolsot Stone pot/ Ddukbaegi Ceramic Pot)

Haaaa..cukup tak 5 resepi kat atas ni? Mesti tak cukup kan. Almaklumlah, bila dah ada KPOT ni mmg semangat terus nak try Korean Food yang best-best kan. 


KLIK SINI UNTUK JOIN OUR TELEGRAM >> RESEPI KOREAN FOOD

KLIK SINI UNTUK JOIN OUR TELEGRAM >> RESEPI KOREAN FOOD

KLIK SINI UNTUK JOIN OUR TELEGRAM >> RESEPI KOREAN FOOD.

Dalam telegram group ni ada lebih 50 resepi , ada tips, ada giveaway dan ada diskaun kupon. jom join sekarang!

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh email kami di marimogo.sales4@gmail.com atau whatsapp ke http://wasap.my/60166905670/ask.ira