RESTORAN HALAL YANG GOOD KOREAN BBQ LAMB

WhatsApp Image 2019-12-05 at 10.33.50.jpeg

Restoran Yang Good Korean Bbq Lamb yang terletak di Gangnam, Seoul adalah antara restoran wajib pergi di kalangan pelancong muslim yang gemarkan makanan grill style Korea. Menggunakan daging kambing halal yang diimport dari Australia adalah sebab utama restoran ini popular di kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Penggemar daging kambing pastinya akan semakin jatuh cinta kerana daging di Yang Good Bbq ini tiada bau hamis kambing.

menu.jpg

Terdapat 6 menu grill yang disediakan, antaranya Lamb Boneless Rib, Lamb Rack, Skewered Lamb, Marinated Lamb, Lamb Sweet and Sour dan Marinated Chicken. Selain menu grill, restoran ini juga menyediakan hidangan Mi, Stew Kimchi, Sup Kambing dan Soybean Paste Stew.

Oleh kerana penduduk tempatan juga mengunjungi restoran ini, jangan terkejut sekiranya anda terlihat alkohol didalam menu. Anda idak perlu risau kerana restoran ini mempunya sijil Halal yang sah. 

PB090435.JPGLamb Rack (25,000 Won) , Marinated Chicken (15,000 Won)

WhatsApp Image 2019-11-27 at 16.51.42.jpeg

Harga adalah diantara 11,000 - 25,00 Won setiap hidangan (2-3 orang makan) untuk daging dan ayam.

noodle.pngSpicy Cold Buckweat Noodle (5,000 Won)

Stesen yang anda perlu tuju adalah Yeoksam Station Line 2 (Exit 6), keluar dari stesen anda perlu berjalan kaki dalam 5-10 minit.

  • Waktu Operasi :  Isnin sehingga Sabtu, 4pm - 2am
  • Alamat: Seoul, Gangnam-gu Nonhyeon -ro, 95 gil , 15

Untuk anda yang merancang percutian ke Seoul jangan lupa untuk senaraikan Yang Good Korean Bbq Lamb Restoran ke dalam senarai wajib pergi yang anda telah rancangkan!

Jom tengok produk - produk MariMogo dan resepi - resepi makanan Korea yang menarik (1).png



Newer post