FREE POSTAGE untuk pembelian RM 250 ke atas sehingga 31 Disember 2020.

[Resepi K-Food] - Gyeranbbang


Menu: Gyeranbbang

Kategori: Korean Streetfood

Masa penyediaan: 30 minit

Tahap: Mudah

Hidangan: 6 orang


BAHAN-BAHAN 

  • 1/2 cawan tepung
  • 1/2 cawan susu
  • 2 Tbsp gula
  • 1 Tsp baking soda
  • 1 Tbsp butter yang dicairkan
  • 7 biji telur
  • 1/2 Tsp vanilla
  • Daun bawang
  • Garam
  • Lada hitam
  • Shredded mozzarella cheese/sosej (optional)


CARA MASAK

  1. Masukkan tepung, gula, baking soda, butter yang dicairkan, 1 biji telur, susu dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Gaul dan pukul sehingga sebati.
  2. Tuang 1/3 adunan ke dalam bekas acuan aluminium foil yang telah disapu minyak/butter.
  3. Tabur shredded cheese/sosej dan pecahkan 1 biji telur pada setiap bekas acuan.
  4. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Akhir sekali, tabur hirisan daun bawang.
  5. Bakar pada suhu 400°F dalam 15 ke 20 minit. Tambah 5 minit sekiranya anda tidak gemar telur kuning yang cair. 
  6. Biar sejuk dan keluarkan gyeranbbang dari bekas acuan.
  7. Siap dihidang!

Bahan-bahan nak buat gyeranbbang ni sangat simple sebab semua bahan yang digunakan semua ada dekat dapur rumah kita kan. Cuba masak sendiri, puas hati dan dapat pengalaman try menu korean food dirumah.

Selamat mencuba! :)

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

MODAL: RM19.90

  • Shredded mozzarella cheese (RM15)
  • Sosej (RM2.90)
  • Susu (RM2)


Older post Newer post