FREE POSTAGE untuk pembelian RM 250 ke atas sehingga 31 Disember 2020.

[Resepi K-Food] - Cheesy Kimchi Bokkeumbap


Masa penyediaan: 10 minit

Tahap: Mudah

Hidangan: 2 orang


BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk nasi
  • 2Tbs kicap cair
  • 1 cawan kimchi
  • 2Tbs air kimchi
  • 1Tbs gula
  • 1Tbs gochugaru
  • 1Tbs minyak bijan
  • Mozarella Cheese


CARA MASAK

  1. Tumis daun bawang dan bawang holland. Setelah naik bau, masukkan kimchi.
  2. Perasakan tumisan dengan gula, gochugaru dan kicap cair. Tumis sehingga air kimchi kering.
  3. 1 mangkuk nasi digaulkan dengan tumisan kimchi. Tambahkan 2 sudu makan air kimchi dan 1 sudu makan minyak bijan untuk bau dan rasa yang lebih sedap.
  4. Panaskan non stick pan menggunakan api sederhanaMasukkan nasi ke dalam kuali dan nipiskan nasi mengikut bentuk kuali.
  5. Letak cheese diatas nasi dan tutup kuali. 
  6. Angkat nasi selepas cheese cair dan hiaskan dengan seaweed flakes.

Selamat mencuba!

Jom kongsikan gambar anda sekiranya anda juga mencuba resepi dari kami. Jangan lupa untuk tag kami di Instagram @marimogo.hq

MODAL : RM15.90

  • Mozarella Cheese : RM14.9
  • Daun Bawang : RM1


Older post Newer post